Kenali SMK Batu Sepuluh

SMK Batu Sepuluh ( SMKBS ) adalah sebuah sekolah menengah asrama harian....

ILMU IMAN AMAL

Thursday, December 27, 2012

Keputusan PMR 2013

Senamrobik 1Murid 1Sukan

Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah

Pelancaran Program Guru Penyayang

Pelancaran Bulan Bahasa

Merentas Desa

Majlis Maulidur Rasul

Majlis Khatam Qur'an

Kejohanan Olahraga Tahunan

Karnival Puteri Islam

Help For Gaza

Hari Guru

Hari Anugerah Cemerlang

Ceramah Bulan Ramadhan

Ceramah Israk Mikraj

Ceramah Anti Dadah

Monday, December 24, 2012

Rumah Sukan SMKBS





Unit Beruniform SMKBS









Sukan dan Permainan SMKBS













Kelab dan Persatuan SMKBS
















Staf Akademik dan Staf Sokongan SMKBS

Staf Akademik 2012

Staf Sokongan 2012


Saturday, December 22, 2012

SMK Batu Sepuluh

COGANKATA
Iman, Ilmu, Amal

VISI
SMKBS Menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Menjelang 2015
“SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri
dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan, mempunyai tradisi budaya kerja
yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan yang berkembang secara holistik
dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.”

PIAGAM SEKOLAH
  1. Bekerjasama, menerima pandangan serta bertindak segera untuk memenuhi kepuasan pelanggan.
  2. Berusaha mendidik, memberi motivasi kepada pelajar dengan penuh tanggungjawab dan kasih mesra sepanjang masa.
  3. Melaksanakan segala arahan dan pekeliling Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Kementerian Pelajaran Malaysia secara bijaksana dengan segera.
  4. Boleh dihubungi, memberi kerjasama kepada ibu bapa/penjaga demi kepentingan pelajar.
MISI
  1. Mewujudkan sistem pengurusan yang telus, berkualiti dan berkesan.
  2. Meningkatkan pencapaian akademik ke tahap cemerlang.
  3. Meningkatkan prestasi pencapaian dan kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan ke tahap cemerlang.
  4. Melahirkan murid yang bersahsiah mulia, berkembang secara holistik dan mampu berdaya saing di  peringkat global.
  5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat.
  6. Menjalin hubungan yang harmoni dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.
LENCANA SEKOLAH


  1. Bulan sabit : Melambangkan peratus besar bilangan pelajar yang beragama Islam.
  2. Buku dan mata pena : Melambangkan pendidikan yang menjuruskan kepada kejayaan yang cemerlang.
  3. Gigi gear : Melambangkan pendidikan yang berteraskan Sains dan Teknologi merentasi Kurikulum.
  4. Warna putih : Melambangkan ketulusan dan keikhlasan pelajar dalam menuntut ilmu.
  5. Warna kuning : Melambangkan kecintaan dan kepatuhan kepada Raja dan Negara.
  6. Warna hijau : Melambangkan kecintaan kepada alam sekitar.

BENDERA SEKOLAH




LAGU SEKOLAH
SMK Batu Sepuluh
Lekir Sitiawan Perak
Iman Ilmu Amal cogankata
Penjana majukan sekolahku
Kecemerlangan kegemilangan
Warga sekolah bersatu
Usaha dan minda direncana
Bergerak mencapai citaku
Gagal bukan ertinya kalah
Menang takkan berterusan
Sekolahku kau harapanku
Mencapai cita-citaku
SMK Batu Sepuluh
Kaulah ibu kandungan
Cemerlang di hadapan
Ikrar pasti kami amalkan
Cemerlang terus cemerlang
Gemilang kau kan gemilang